Kamis, 31 Maret 2016

Shalat Dhuha

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Assalamualaikum semua, hari ini Aisyah nak kongsi pada sahabat-sahabat tentang cara-cara sembahyang Dhuha. Tak susah, senang ja. Aisyah hari-hari buat. Sebelum Aisyah bagi tow cara-cara buat sembahyang Dhuha. Aisyah nak kongsi pengalaman Aisyah dan kawan-kawan Aisyah sejak amalkan solat Dhuha ini.

i)             Aku waih sejak amal solat dhuha rasa lapang dada, rezeki mai tak tau dari mana, Alhamdulillah tak pernah putus duit dah walau tak senang mana..
ii)           Aisyah tahu, akak sejak solat dhuha, rasa buat amal ibadat tu sedap, lain sangat, hanya Allah ja tahu
iii)           Alhamdulillah lepas buat solat dhuha, sikap panas baran dah hilang, hidup tenteram, rezeki syukur Alhamdulillah baru dapat tawaran kerja baru, gaji Alhamdulillah

Nah, banyakkan kelebihan buat solat Dhuha ini. Ini baru ja Allah bayar cashmasa kat dunia kat akhirat banyak lagi Allah nak bagi termasuklah pintu nak masuk syurga memang ada khas untuk orang yang amalkan solat Dhuha. Harap Aisyah dan sahabat-sahabat termasuklah dalam golongan tersebut. Sekarang Aisyah kongsikan dengan sahabat semua tentang cara-cara solat Dhuha secara ringkas berpandukan sumber-sumber sahih, In Shaa Allah.

Solat Dhuha boleh dikatakan sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala keberkatan hidup yang diberikan-NYA. Waktu mendirikan solat Dhuha ialah pada waktu pagi, seeloknya dalam pukul 8.00 hingga 11.00 tengah hari. Aisyah selalu solat antara pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi sebab waktu pada masa itu panas matahari baru keluar memancar. Jumlah rakaat solat Dhuha pula paling sedikit 2 rakaat, 4, 8, 12 dan boleh buat beberapa rakaat pun tanpa ada batasan tertentu. Namun, ada riwayat hadis mengatakan bahawa:

“Daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu bahawasanya Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat”.

Ringkasnya solat Dhuha adalah seperti berikut:

RAKAAT PERTAMA
1   1)     Niat dalam hati untuk sembahyang Dhuha:
“ Sahaja aku sembahyang Dhuha 2 rakaat kerana Allah”
     Lafaz niat:
2)  Takbiratul ihram
     3)   Doa iftitah
     4)    Membaca surah al-fatihah
     5)    Membaca surah  al-Quran, cth: al-kafirun, ayat kursi, as-syam, al-lail (tidak ada 
          surah yang khusus)
     6)  Rukuk
     7)  Iktidal
     8)  Sujud
     9)  Duduk antara dua sujud
     10)  Sujud kali kedua
     11) Bangun untuk rakaat kedua


RAKAAT KEDUA
     1)  Membaca surah al-fatihah
     2)  Membaca surah  al-Quran, cth: al-dhuha, al-ikhlas (tidak ada  surah yang khusus)
     3)  Rukuk 
     4)  Iktidal
     5)   Sujud
     6)    Duduk antara dua sujud
     7)    Sujud kali kedua
     8)   Duduk untuk tahiyat akhir 
     9)  Memberi salam

Doa solat Dhuha:



Akhir kalam, Aisyah akhiri dengan satu riwayat nabi kita sebagai semangat untuk kita menjadikan solat Dhuha sebagai amalan kita setiap hari. Sesungguhnya,  nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan”. (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

Jadi, jom buat solat Dhuha hari-hari ya, In Shaa Allah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar